Sabtu, 21 Mei 2011

Desktop PC Yang Malang

Hari ini ada pelanggan bawa desktop, katanya tak hidup kat monitor. Bila start ok tapi signal kat monitor tak menerima data daripada PC. Kebiasaannya saya akan melihat RAM, power supply yang lemah dan berlaku overclock. Tetapi bukan itu siptomnya, bila diselidik, rupa-rupanya fenomena seperti gambar di bawah, juga boleh memberi kesan yang sama seperti sebelum ini. Nasib baik prasangka awal tepat, kalau tidak satu PC saya akan overhaul, banyak masa akan habis dan pening juga memikirnya nanti. Itu semua anugerah-Nya yang memberi kita supaya berfikir dan meneliti sesuatu perkara dengan positif...

                            
     

Kasihan PC ni, sila intai dalam PC anda setiap 3 bulan sekali

Jumaat, 20 Mei 2011

Musuh Komputer sambungan...

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai musuh komputer kita. Pada kali ini saya terpanggil untuk memanjangkan lagi pengalaman yang dilalui, menyebabkan komputer mudah rosak. Ada ketikanya kita keliru bagaimana komputer yang baharu 1 tahun lebih, boleh rosak tak semena-mena tanpa alasan yang kukuh. Tidak puas hati dengan kerosakan itu, saya akan ke rumah mereka yang terlibat dan membuat soal selidik serta memantau tempat PC beroperasi. Jawapannya jelas dan terbentang di hadapan mata, seperti gambar di bawah.
Soket sebegini boleh menyebabkab litar pintas
Palam soket pada adapter begini boleh berlaku litar pintas
Jika anda memasang palam pada soket di atas, kerap berlaku sentuhan antara pin, renjatan dalaman dan litar pintas. Komputer yang menerima kesan tersebut akan berlaku kerosakan power supply dan mainboard.

Sebaiknya palam soket anda dengan sistem palam di bawah dan belilah soket yang boleh ditukar satu persatu bukannya berkembar sederet. Ok.
Palam pada soket seperti ini untuk keselamatan

Rabu, 18 Mei 2011

Desktop Baharu Lembab

Pada minggu lepas, seorang rakan meminta saya membekalkan sebuah PC dengan pemproses Intel. Saya memasang desktop tersebut dengan Intel Dual Core 2.9GHz, DDRIII 2GB dan G41 chipset pada motherboard MSI. Sebelum ini, dia menggunakan PC yang telah saya bekalkan, sebuah desktop dengan pemproses AMD (AM3) hampir 6 bulan yang lalu dengan DDRII 1GB. 

Sebaik sahaja dektop baharu tersebut dipasang, serentak beliau menalipon saya mengatakan PC lama lebih laju dari yang baharu. Jadi bolehlah kita fikirkan apa sebenarnya berlaku....saya pernah menulis sebelum ini tentang masalah tersebut.

Selasa, 17 Mei 2011

Pandu Nissan Xrail Dengan Fungsi 4WD di Lebuh Raya

Aduhai lemah semangat apabila dimaklumkan oleh seorang rakan kelmarin. Dia ke Johor Bharu dua hari lepas dengan memandu Nissan Xrail. Apabila memasuki lebuh raya PLUS, dia telah menekan mod 4WD supaya keretanya lebih berprestasi. 

Nasib baik kereta SUV automatiknya berfungsi dengan baik tidak menggunakan 4WD sepanjang perjalanan dan secara outomatik mengalih ke 2WD, kalau tidak alamatnya, ribu-ribulah wang akan melayang. Dia meminta penjelasan tentang mod 4WD, dan telah fahamlah dia. Hai...nasib masih menyebelahinya, kalau nak pakai fungsi 4WD tanyalah kepada yang lebih tahu....


JADI KEPADA SESIAPA YANG PAKAI SUV DAN 4X4 TU SILA FAHAMI PENGGUNAAN MOD 4WD TU, JANGAN AMBIL RISIKO SEBAB KOSNYA TINGGIIIIIIIII......

Test Drive Engine Diesel Intercooler Turbo 2500CC

Sempena cuti hari Pekerja tempoh hari, saya berkesempatan ke kawasan tanah tinggi Cameron melalui Gua Musang-Lojing-Cameron dengan jarak pendakian lebih kurang 80km. Bukannya apa, selain untuk menikmati kenyamanan tanah tinggi tersebut, saya ingin menguji kenderaan Pajero manual dengan enjin intercooler turbo dengan kuasa 2500 cc. Kapasiti diesel dengan jumlah lebih kurang RM20.00 dari Kota Bharu, saya sampai ke R&R Gua Musang untuk mengisi minyak dengan jumlah RM50.00.
Kenderaan yang digunakan untuk pemanduan ujian

Dari Gua Musang pendakian ke tanah tinggi bermula, berada pada gear 4 dan 5 saya memandu dengan kelajuan 80-90km/j. Saya sangat teruja kerana tidak berlaku "miss pikup" ketika mendaki lereng jalan yang agak curam dan paling mengejutkan ketika mendaki speedometer menunjukkan kelajuan pada masa itu 105km/j. Kawan-kawan yang lain dah tidak kelihatan lagi.
Enjin intercooler turbo diesel 2500cc

Sehari selepas ini, saya ke Perak melalui Lebuh Raya Timur Barat dan keadaan sungguh menyelesakan untuk pemanduan ketika mendaki bukit, prestasi yang ditunjukkan memberi kepuasan kepada saya. Tetapi ketika pulang dari Gerik ke Jeli, saya rasa agak terkejut kerana masa pendakian tidak seperti sebelumnya. Menggunakan gear 4, pedal minyak terpaksa ditekan sehingga rapat baharu mencecah 90km/j. Baharu saya sedar, ini berpunca daripada bahan api diesel yang digunakan. Sebelum ini saya menggunakan bahan api diesel dari Shell, tetapi semasa di Gerik ketika hendak pulang ke Kelantan, saya mengisikan bahan api diesel berjenama lain kerana malas hendak pusing ke kanan untuk ke stesen Shell. Hasilnya pikup merudum agak ketara. Selepas ini saya tak akan buat silap lagi...

Isnin, 16 Mei 2011

Rehlah Sehari Ke Tanah Tinggi Cameron

Pada 29 Mac yang lepas, kami melakukan program Rehlah Sehari ke Cameron Hinglands. Lebih kurang 15 keluarga berkereta secara konvoi. Bertolak dari Kota Bharu lebih kurang jam 8.00 pagi dan berkumpul di Gua Musang jam 10.30 pagi.

Kami sampai ke tanah tinggi kira-kira jam 12.30 tengah hari dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Brinchang. Sungguh seronok dan pelbagai pengalaman dan ragam dapat dirakamkan di kota fikiran masing-masing.


Paling seronok kami dapat melakukan jarak perjalanan purata sejauh 800km dalam satu hari. Ada yang pening kepala, ada yang rasa nak muntah melihat jalan raya menjadikan program ini cukup menarik dan memberi pengalaman baharu. Semua yang pulang selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang jam 11.30 malam. Selamat......
  

















Melawat MARDI


Ketika sampai hujan dan pulang pun hujan juga..

Ahad, 15 Mei 2011

GPS

Satu lagi gajet baharu yang menjadi keperluan masa kini, terutamanya kepada mereka yang suka mengembara. Supaya tidak tersesat dan menjimatkan minyak kereta (zaman minyak mahal ni) ialah GPS. Sudah ramai yang mengenalinya dan banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai jenama dan bentuk serta harganya.
Saya tidak ketinggalan untuk memilikinya dengan jenama OODO M513 buatan China dengan kerjasama Banbo dari Germany (model baharu style iphone 4). 
Selepas memilikinya saya ke Ipoh, Perak suatu lokasi bandar raya yang belum pernah saya jejaki. Begitu juga saya telah menempah homestay yang saya tidak tahu di mana tempatnya kecuali alamat yang diberikan oleh pemiliknya. Dengan izin Allah, saya telah sampai ke destinasi yang dituju dan dapat pula meronda dalam lingkungan 20km persegi bandar raya Ipoh tanpa sebarang masalah. Kemudahan yang dicipta oleh manusia dengan kehendak Yang Maha Pencipta ini wajar dimiliki oleh sesiapa untuk kemudahan. Selepas ini saya berhajat pula nak ke Johor Bharu dan Kuala Lumpur dengan izin-Nya. Anda bila lagi nak memiliki GPS!

Demam Laptop

Keputusan SPM dan STPM dah pun diumumkan. Mereka yang berjaya dengan cemerlang kini menerima pelbagai tawaran ke IPT. Anak-anak yang berjaya berasa bangga dan sudah tentu ibu bapa pula yang kembang kempis hidungnya apabila mengetahui anak-anak berjaya melanjut pelajaran di dalam dan luar negara. Cuma hadiaaaah...........tu apa ya? Apa lagi benda ni...la.....

Cuma saya ingin memberi peringatan masa nak beli tu, pilihlah yang sesuai dengan kursus yang bakal anak kita ikuti. Kalau nak membeli dan memilih jenama dan prestasinya, tanyalah kepada mereka yang lebih arif tentangnya. Selamat ke IPT dan Tahniah.

Apa ada pada pencetak ini

Harga printer/pencetak semakin murah, terbaharu HP dengan ink katrijnya berharga RM29.00 hitam dan warna menyentuh keterujaan pengguna tegar printer. Sebelum ini ink katrij agak membebankan, kalau beli satu set hampir sama dengan harga printer baharu. 



Tetapi printer ini lain sikit......banyak rahsianya.....semenjak beli pada Februari lalu dah 35 rim kertas habis, masih ok dan terus ok, inknya pun baharu habis RM40.00, di mana mahu cari printer sebegini, tetapi rahsia itu.....cari sendirilah.