Isnin, 26 April 2010

Orang Kelantan tak pernah kecewa

Orang Kelantan tak pernah kecewa
biar pun apa yang melanda
banjir besar yang datang dengan tiba-tiba
mereka tetap bekerja dan berniaga
mencari rezeki duit belanja
menghulur bantuan mendapat pahala



Orang Kelantan tak pernah kecewa
bala yang datang disambut jua
biar pun mengena diri dan keluarga
menghibur hati di kala duka
bersyukur terus kepada yang Esa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan