Selasa, 27 April 2010

MS Word paparan potrait dan landscape

Adakalanya kita menulis dalam satu fail menggunakan Microsoft Office Word dan dalam masa yang sama inginkan satu muka surat potrait dan satu muka surat landscape dalam satu fail. Pada kebiasaannya apabila muka surat potrait maka potretlah seluruhnya dan begitulah sebaliknya.

Isnin, 26 April 2010

Orang Kelantan tak pernah kecewa

Orang Kelantan tak pernah kecewa
biar pun apa yang melanda
banjir besar yang datang dengan tiba-tiba
mereka tetap bekerja dan berniaga
mencari rezeki duit belanja
menghulur bantuan mendapat pahala

Ahad, 25 April 2010

Kongsi pencetak melalui WinXP

Pada kali ini saya ingin memberi sedikit cara yang telah diketahui ramai, cuma saya mensasarkan kepada segelintir sahabat yang masih keliru untuk membuat perkongsian printer dengan lebih dari satu komputer. Kepada yang menggunakan perkhidmatan internet, perkongsian printer lebih mudah dari pengguna yang tiada talian internet tetapi menggunakan swicth. Kerana masih ramai lagi yang menggunakan WinXP,

Sabtu, 24 April 2010

D-Link modem, router yang membingungkan…


Beberapa hari lalu, saya memasang ADSL modem router wireless dan router wireless di dua kediaman pelanggan yang meminta perkhidmatan. Jenis peranti tersebut berjenama D-Link, satu jenama yang popular dan amat dikenali dan saya sendiri turut mempopularkannya. Perkenalan saya dengan peranti jenama ini bermula dengan pembelian modem 3G

Isnin, 19 April 2010

Ketahui musuh komputer di rumah anda...

Kerosakan sesebuah komputer bukan sahaja berlaku akibat penggunaan yang melampau, kecuaian pengguna, serangan virus dan kejutan elektrik, tetapi juga dari keadaan sekeliling kita. Sama ada anda sedar atau tidak, makhluk dan peralatan di sekitar anda mampu merosakkan komputer

Ahad, 18 April 2010

AMD atau Intel?

“Pakai pentium berapa ni?” Itulah soalan yang sering saya dengar atau ditanya oleh pelanggan apabila mereka menghantar PC untuk dibaiki atau ingin membeli yang baharu. “Encik tak nak ke try pakai yang AMD?”

Sabtu, 17 April 2010

Sampai hati ...



Terpegun saya apabila membuka slide sebuah PC yang dihantar untuk diperbaiki. Terlintas di fikiran, sampai hati tuan punya PC tersebut membiarkannya sehingga koma beberapa hari, akibat kelalaian menjaga PC sehingga begini jadinya. Apabila saya semak, PC tersebut baharu berusia 1 tahun 4 bulan, tetapi apabila dilihat pada bahagian dalamnya seperti dah 5 tahun.

Power Supply lagi...

Hari ini cukup mencabar saya, apabila membaik pulih sebuah PC yang berjenama. Kita semua tahu PC berjenama sememangnya agak rumit kerana mengikut spesifikasi pengeluarnya supaya berlainan dari jenama lain dan PC klon. Apabila on sahaja suisnya, semua kelihatan  beroperasi dengan baik pada motherboard, tetapi tidak pula mengeluarkan bunyi beep

Khamis, 15 April 2010

Win 7 dan base score

Win7 sudah sinonim dengan pengguna OS Win pada hari ini. Tetapi ada juga yang mengatakan ianya masih lembab dan membebankan PC dan ada ketikanya 'hang' tanpa sebab. Tahukah anda mengapa perkara ini boleh terjadi, tekstur grafik tidak cantik dan kelihatan kasar?

Rabu, 14 April 2010

Harddisknya rosak... kenapa ya?

Kerosakan harddisk boleh dikesan sama ada secara melakukan scan terhadapnya dan juga secara sentuhan fizikal serta melalui pendengaran kita ketika komputer beroperasi. Melalui scan, sistem akan memaklumkan situasi harddisk komputer dan anda diminta memerhati pada bahagian laporan bad sectornya. jika ditulis beberapa bit atau kb dan malang lagi

Laptop oh... laptop

Memiliki sebuah laptop menjadi kebanggaan  remaja hari ini. Apa tidaknya, segala-gala tugasan dapat diselesaikan dengan mudah. Namun begitu masih ramai pengguna laptop kurang memahami cara penjagaannya yang betul. Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan;

Selasa, 13 April 2010

Jangan buang harddisk rosak itu...

Keluhan panjang biasa kita dengar apabila diberitahu harddisk computer seseorang itu telah rosak. Mulalah membebel kerana segala data dan maklumat tidak dibackup, hanya di situlah satu-satunya tempat simpanan telah ghaib sekelip mata entah ke mana. Lebih malang lagi, kata mereka kena keluar duit pula, bukannya sedikit, ratusan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk membeli harddisk baharu dan

RAM bermasalah jika...

Processor boleh dikatakan sebagai otak yang berfikir, manakala RAM (memori) pula boleh dianggap sebagai pengingat. Kedua-dua komponen ini saling memerlukan antara satu sama lain. Jika komputer anda dipasang dengan processor yang amat canggih, laju, terkini serta penuh dengan prestasi yang berprestij, itu bukan satu pengukuran yang boleh diambil kira. Kerana jika berlaku kecacatan atau siptom

Isnin, 12 April 2010

Jangan buang berus gigi itu...

Bila agak lama kita menggunakan berus gigi maka tiba masanya diganti dengan yang baharu. Maklumlah berus gigi dah lama, dah lembut dan kekadang tu ada satu dua bulunya yang telah tertanggal. Jadi saya ingin syorkan janganlah anda membuang berus gigi lama tu ke dalam tong sampah. Ingatlah jasanya yang hampir 3 bulan, adakalanya setahun berbakti untuk

Masalah PC

Kerap kali kita menghadapi masalah PC yang selalu restart, kadang-kadang on beberapa ketika selepas itu shutdown, ada pula bila kita sambung ke monitor sekejap displaynya keluar kemudian padam tetapi PC