Ahad, 18 April 2010

AMD atau Intel?

“Pakai pentium berapa ni?” Itulah soalan yang sering saya dengar atau ditanya oleh pelanggan apabila mereka menghantar PC untuk dibaiki atau ingin membeli yang baharu. “Encik tak nak ke try pakai yang AMD?” Soal saya. Terpingga-pingga dan sambil matanya melilau meminta kepastian seolah-olah terkesima dengan pertanyaan saya itu. Itulah peristiwa yang sering berlaku apabila saya mengajukan soalan kepada hampir 80% pelanggan yang meminta perkhidmatan daripada saya. Mungkin anda juga turut tertanya-tanya, setahu anda bila sebut komputer pentiumlah yang anda ketahui.


Dalam blog ini saya akan memberi sedikit penjelasan kepada anda perbezaan antara kedua pemproses tersebut. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, maklumlah semuanya dicipta. Pentium merupakan pemproses yang direka cipta dan dikeluarkan cipsnya dari USA, manakala AMD pula Germany. Intel agak lambat apabila kita hendak memulakan komputer, manakala AMD begitu fasted, saya sering ibaratkan pentium ini sama dengan motorsikal 4 stroke, manakala AMD saya ibaratkan motorsikal 2 stroke. Mungkin anda sudah biasa menunggang kedua-dua jenis motorsikal tersebut dan tahu perbezaannya.
Pada kali ini, hanya 2 perbezaan dahulu yang saya ketengahkan dari pengalaman saya, kerana saya memiliki kedua-duanya sekali sebagai indicator untuk baik pulih komputer pelanggan. Namun saya sendiri secara rasmi menggunakan processor AMD sejak tahun 2000 sehingga hari ini (AM3) dalam semua tugasan. Komputer dengan processor pentium hanya diberikan kepada anak buah sahaja. Saya peringatkan kepada anda artikel ini hanya sesuai untuk PC desktop sahaja, bukan laptop. Cuba renung dan fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan