Isnin, 19 April 2010

Ketahui musuh komputer di rumah anda...

Kerosakan sesebuah komputer bukan sahaja berlaku akibat penggunaan yang melampau, kecuaian pengguna, serangan virus dan kejutan elektrik, tetapi juga dari keadaan sekeliling kita. Sama ada anda sedar atau tidak, makhluk dan peralatan di sekitar anda mampu merosakkan komputer dan kita terpaksa berbelanja untuk membeli komponen gantian, sehingga adakalanya mencecah ratusan ringgit, bahkan satu PC boleh melayang.
Melalui pengalaman saya, disenaraikan beberapa hasil dapatan, antaranya seperti gambar di bawah. 

Mungkin kita memandang ringan perihal ini kerana kita menggunakan ia sejak dahulu lagi untuk menghalau nyamuk. Tanpa kita sedari, kesannya sangat ketara pada sebuah PC dan laptop. Sebuah PC yang dihantarkan kepada saya, membuat saya terperanjat melihat mainboardnya melekit dan bertar berwarna tua kemerahan pekat. Puas saya berfikir dari mana benda tersebut boleh berada dalam PC yang tertutup, setelah disoal selidik, rupa-rupanya pemilik komputer tersebut menggunakan ubat nyamuk lingkaran. Kita sedia maklum bahawa kipas CPU akan menyedut udara luar untuk proses penyejukan, jadi di sinilah puncanya, apabila sekian lama asap ubat nyamuk tersebut disedut ke dalam PC dan akhirnya merosakkan keseluruhan komponennya. Tuan punya komputer tersebut saya tak tahulah bagaimana keadaan paru-parunya, sedangkan PC dalam beberapa tahun boleh rosak, inikan pula kita menggunakannya semenjak dari kecil sampai ke hari ini. Jadi saya syor kepada anda gunalah ubat penghalau nyamuk elektrik dan bauan. Fkirkan untuk kesihatan diri kita dan komputer juga... (eemmm...yang merokok bagaimana pula ya?)

Musuh yang kedua dan paling kerap memeningkan kepala pengguna komputer ialah binatang ini.

Anda memang kenal betul dengannya dan berada di sekitar kita, terutama di siling dan dinding, bunyi decitannya akan disusuli dengan air kencing atau najis. Memang meluat kita melihatnya, kadang-kadang baju dan kain asyik memutih dengan najisnya, apatah lagi kalau di masjid, habis karpet dan sejadah jadi mangsanya.
Komputer juga tidak terlepas dari serangan makhluk ini, sasaran utamanya ialah power supply. Saya pun kadang-kadang hairan, bagaimana binatang ini boleh masuk ke dalam kotak power supply yang jejaring agak rapat. Binatang ini akan melakukan tugasnya dengan menjadikan dirinya sebagai litar yang akan memintas arus pada litar power supply dan akhirnya meletup secara kuat atau senyap. Bagi mengesan masalah ini, sentiasalah anda menghidu belakang power supply ketika komputer beroperasi, jika ada bau yang kurang enak seperti bau bangkai, alamatnya binatang itu sudah melaksanakan tugasannya, tunggu masa sahaja power supply anda terpaksa diganti. Komputer yang kerap diguna biasanya kurang dimasuki olehnya. Ada berlaku satu kes LCD 21 inci menjadi mangsa binatang ini, tak sampai setahun usia, masih dalam jaminan tetapi tak dapat diganti bila dibuka di bahagian belakangnya sudah ada bangkai cicak kering...berlaku litar pintas.
Dua sahaja untuk kali ini sebagai peringatan dan pedoman...

2 ulasan:

  1. gajah tak rosak ko komputer

    BalasPadam
  2. Jazakallah atas kunjungan ke blog ana. Hebat betul nampaknya sahabat ana ni. Jadi perunding komputer lah pulak. Ana masih di Pahang. Apa-apapun salam Ukhuwah Fillah...

    BalasPadam