Sabtu, 24 April 2010

D-Link modem, router yang membingungkan…


Beberapa hari lalu, saya memasang ADSL modem router wireless dan router wireless di dua kediaman pelanggan yang meminta perkhidmatan. Jenis peranti tersebut berjenama D-Link, satu jenama yang popular dan amat dikenali dan saya sendiri turut mempopularkannya. Perkenalan saya dengan peranti jenama ini bermula dengan pembelian modem 3G

yang begitu memuaskan hati, walau di mana saya bergerak, termasuk ke kawasan pedalaman, talian internet dapat dicapai walau pun lambat, saya akui ianya memang sesuai dimiliki, cuma harganya agak mahal RM500++ pada masa itu.
Melalui pengalaman bersama dengan moden jenama tersebut, saya memberanikan diri mengatakan ianya sangat sesuai dipasang di rumah kediaman yang melanggan perkhidmatan streamyx. Pelanggan bersetuju, dan saya memulakan pemasangan dan bermula jugalah pengalaman yang agak memeritkan sehingga kalau ikut hati mahu menjual balik peranti tersebut dengan separuh harga kepada peminat jenama tersebut. Hampir 3 jam, puas mencari ruang supaya peranti tersebut serasi dengan talian streamyx, berpeluh jangan dikira lagi, namun tidak berjaya. LAN dan wireless dan berjaya dipasang, tetapi perkhidmatan internet tak dapat diaktifkan.
Sebelum saya terlupa, peranti yang dibuat pemasangan berjenama D-Link DSL-2640B W/L dan D-Link DIR-600 Wireless 150 Router. 





 




Saya terpaksa menangguh pemasangan dan mengambil masa hampir 3 jam juga mencari dalam En Google untuk menyelesaikan masalah tersebut. Allhamdulillah, akhirnya ditemui dengan sahabat yang memberi sedikit petunjuk cara-cara setup peranti jenama berkenaan, terima kasih kepadanya semoga Allah membalasi kebaikannya, walau pun kita tak mengenali antara satu sama lain.
Cara yang pertama, masukkan CD yang dibekalkan, buat pengoperasian seperti yang diarahkan oleh pengeluar sehingga selesai. Bila dah selesai, buang CD, kemudian ikuti langkah menaip angka di bawah ke dalam ruangan carian, 192.168.0.1 untuk router W/L dan 192.168.1.1 untuk DSL. 






 


Kemudian ambil menu internet sahaja dan buat keserasian untuk operasinya dengan streamyx.
Keserasian perlu dilihat dalam konteks negara Malaysia seperti nilai di bawah:

                                        VPI           0
                                        VCI          35
                                       MTU          1492
                    AUTHENTICATION          AUTO
                                      TYPE          PPPoE
                         IDLE TIMEOUT          0
                                       NAT          ENABLED
                                     USER          Nama user @streamyx
                             PASSWORD         *********

Berfikirlah dan selamat mencuba…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan