Rabu, 14 April 2010

Laptop oh... laptop

Memiliki sebuah laptop menjadi kebanggaan  remaja hari ini. Apa tidaknya, segala-gala tugasan dapat diselesaikan dengan mudah. Namun begitu masih ramai pengguna laptop kurang memahami cara penjagaannya yang betul. Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan;
a. Anggaplah laptop sebagai komputer sokongan dan alternatif yang bersifat sementara dalam penggunaannya.
b. Gunalah ia untuk tugasan yang ringan dan tidak terlalu membebankan
c. Elakkan laptop diguna sebagai medium untuk games dan rekaan grafik yang ekstrem
d. Penggunaan laptop hendaklah di tempat yang kering dan suhu bilik yang sesuai, kalau bilik berhawa dingin paling baik.
e. Jangan menggunakan laptop sambil berbaring dengan meletaknya di atas tilam.
f. Gunakan peranti luaran seperti mouse supaya tidak berlaku kekasaran fizikal yang melampau pada papan kekuncinya.
g. Usah membuat sambungan peranti yang menggunakan USB port sampingan yang tidak berfaedah seperti kipas, lampu kerana akan membeban bekalan kuasa dan memanaskan lagi laptop kita.
Ingatlah sebuah laptop tidak boleh disamakan dengan desktop, ruang dalamannya terlalu padat dengan pelbagai komponen, kepanasan menjadi musuh utama sebagai punca kerosakkannya. Bahang kepanasannya boleh dirasai walaupun terhalang dengan meja kayu berketebalan 3 inci. Fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan