Rabu, 14 April 2010

Harddisknya rosak... kenapa ya?

Kerosakan harddisk boleh dikesan sama ada secara melakukan scan terhadapnya dan juga secara sentuhan fizikal serta melalui pendengaran kita ketika komputer beroperasi. Melalui scan, sistem akan memaklumkan situasi harddisk komputer dan anda diminta memerhati pada bahagian laporan bad sectornya. jika ditulis beberapa bit atau kb dan malang lagi
mb mengalami bad sector, alamatnya kita bersedialah membuat backup file dan wang ringgit. Bad sector merujuk kepada bahagian-bahagian disk yang telah terluka atau tergores.
Harddisk cuba mengelak dari menyimpan data pada bahagian bad sector ini. Dia tidak akan menyimpan data pada sector-sector yang telah tergores. Ini kerana, hardisk akan mengalami kesulitan untuk membaca sector-sector yang telah tergores tadi. Baik sector formal, maupun informal. Kesan yang ketara kita akan rasai operasi komputer menjadi lembab, 'hang' dan kedengaran bunyi yang kurang senang dari dalam PC.

Lihatlah betapa rapi dan kemasnya harddisk yang dikeluarkan oleh pihak pengilang agar tidak mudah dimasuki habuk yang halus. Dalam pembungkusannya juga disertakan dengan gel antilembab demi menjaga harddisk dari dijangkiti kulat yang boleh merosakkan bahagian harddisk yang amat sensitif itu. Tetapi rosak juga... dan harddisk akan rosak jika:

Terjatuh atau terlempar atau dihempas. Sebuah hardisk umumnya tidak boleh menghempaskan dirinya sendiri. Kecuali untuk hardisk-hardisk yang mengalami gangguan mental dan berilmu sakti.
Tenaga elektrik yang tidak stabil. Aliran elektrik yang kerap shutdown dan start secara mendadak, kurang stabil dengan ada ketikanya tinggi dan rendah turut memberi kesan terhadap harddisk. Arus elektrik yang kerap terputus juga memberi kesan kepada pemilik komputer, kadang kala PC pula yang menjadi mangsa tangannya dek kehilangan data yang sedang dimasukkan.
Mengalami gegaran. Misalnya, meja komputer yang tidak kukuh, mudah bergoyang serta rumah kayu yang sentiasa ada gegaran. Hal ini sangat membahayakan, terutama bagi keselamatan hardisk. Apalagi saat komputer sedang beroperasi.
Komputer lama tidak beroperasi. Perkara ini biasanya berlaku akibat dari salah tanggapan umum, kalau kerap digunakan komputer cepat rosak, jadi gunalah sekali-sekala sahaja. Inilah dongeng yang menyebabkan komputer cepat rosak. Kulat suka membiak di mana-mana sahaja, terutama kawasan yang agak lembab dan kedap, apa lagi harddisklah sasaran fungus ini. Jika PC selalu digunakan, harddisk dentiasa panas sekaligus menghalang pertumbuhan fungus ini.
Cubalah berfikir sejenak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan