Khamis, 15 April 2010

Win 7 dan base score

Win7 sudah sinonim dengan pengguna OS Win pada hari ini. Tetapi ada juga yang mengatakan ianya masih lembab dan membebankan PC dan ada ketikanya 'hang' tanpa sebab. Tahukah anda mengapa perkara ini boleh terjadi, tekstur grafik tidak cantik dan kelihatan kasar? Sedikit jawapan ada pada 'view basic information about your computer'.
Sila anda pastikan windows experience index anda telah mempunyai rating dengan angka yang ditunjukkan antara 1.0 sehingga 7.9 base scorenya. Angka ini hendaklah berwarna biru bukannya kelabu. Jika ia berwarna kelabu sila klik windows experience index, ratenya mengambil masa sehingga 10 sehingga 15 minit dan untuk laptop anda dikehendaki terlebih dahulu membuat sambungan dengan bekalan tenaga elektrik. Rate tidak akan berfungsi dengan tenaga bateri sedia ada laptop berkenaan. Apabila anda mendapat base score tersebut cuba rasai perbezaan PC atau laptop anda. Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan