Sabtu, 17 April 2010

Power Supply lagi...

Hari ini cukup mencabar saya, apabila membaik pulih sebuah PC yang berjenama. Kita semua tahu PC berjenama sememangnya agak rumit kerana mengikut spesifikasi pengeluarnya supaya berlainan dari jenama lain dan PC klon. Apabila on sahaja suisnya, semua kelihatan  beroperasi dengan baik pada motherboard, tetapi tidak pula mengeluarkan bunyi beep sebagai menandakan PC dalam keadaan baik, begitu juga display pada monitor tidak kelihatan. Apa lagi saya mula suspek pada RAM, tetapi kecewa sekali, kerana tidak di situ masalahnya. Clearkan cmosnya, tapi tak nak juga menjadi. Puas berfikir, memandangkan PC hanya baharu berusia 5 bulan, berjenama pula tu, tak mungkin ini semua terjadi. Akhirnya saya cuba membuat tekaan, mungkin power supplynya, tetapi kelihatan begitu ok dan berfungsi dengan baik dari pandangan fizikalnya. Lalu saya mencuba dengan power supply yang lain, sah, tekaan saya mengena. Mulalah saya memberi kata dua dari jauh kepada jenama PC tersebut, buat malu company saja, 5 bulan pakai macam mana power supply boleh roooosak... Hai inilah dunia komputer umur baharu tapi dah meragam, branded pula tu...

Ini power supply yang saya guna untuk menguji bukan yang rosak tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan