Selasa, 13 April 2010

Jangan buang harddisk rosak itu...

Keluhan panjang biasa kita dengar apabila diberitahu harddisk computer seseorang itu telah rosak. Mulalah membebel kerana segala data dan maklumat tidak dibackup, hanya di situlah satu-satunya tempat simpanan telah ghaib sekelip mata entah ke mana. Lebih malang lagi, kata mereka kena keluar duit pula, bukannya sedikit, ratusan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk membeli harddisk baharu dan
upah pemasangannya.
Itu masalah anda, saya ingin menghiburkan hati anda terhadap harddisk yang rosak, itu sahaja, bukan untuk mengembalikan segala data di dalaamnya, atau membaikinya. Tetapi menggunakan benda yang rosak itu untuk satu manfaat yang lebih besar dan agak berkesan.
Begini caranya, ambil harddisk anda yang rosak itu, buat satu operation terhadapnya dengan menggunakan tool khas untuk membukanya. Apabila sudah terbukat kulit luarnya, kita akan nampak cakera keras yang berkilat seperti cermin dan sangat cantik. Buka dengan cermat dan berikan kepada rakan anda yang memiliki radio amatur, mereka boleh menggunakannya untuk menarik gelombang radio dengan berkesan yang diubahsuaikan bersama antenanya. Itu manfaat yang pertama. Keduanya anda akan menemui dua keping logam magnet yang berwarna crome atau silver. Ambil magnet tersebut dengan cermat, ia dikatakan dapat menstabil molekul petrol dengan dapat menjimatkan penggunaan petrol sehingga 15%. Magnet penjimatan minyak yang hampir sama dengan magnet harddisk ini ada dijual di pasaran dengan harga hampir RM200. Ingat berfikir dahulu sebelum membuangnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan