Selasa, 13 April 2010

RAM bermasalah jika...

Processor boleh dikatakan sebagai otak yang berfikir, manakala RAM (memori) pula boleh dianggap sebagai pengingat. Kedua-dua komponen ini saling memerlukan antara satu sama lain. Jika komputer anda dipasang dengan processor yang amat canggih, laju, terkini serta penuh dengan prestasi yang berprestij, itu bukan satu pengukuran yang boleh diambil kira. Kerana jika berlaku kecacatan atau siptom
tertentu terhadap kestabilan memory, semua pengoperasian komputer terbengkalai.
Cuba bayangkan anda boleh berfikir dengan pantas dan baik, tetapi ingatan anda lemah, pelupa dalam erti kata tidak boleh mengingat, jadi semuanya sia-sia. Begitu juga dengan komputer sebagai sebuah ciptaan yang mudah hang dan tidak sedikitpun mempunyai cita-cita dan daya usaha. Saya rasa anda semua dapat membezakan fungsi antara kedua-duanya yang saling melengkapi.
Ada yang mengatakan untuk upgrade komputer kita tambah RAM. Betul perkiraan anda itu, tetapi adakah anda sedar bahawa penambahan RAM pada satu-satu PC memerlukan kefahaman kita terhadap komputer tersebut. Ada yang begitu mudah menambah RAM berkapasiti 2Gb, ketika mana RAM sedia ada 1G,b lalu katanya akan jadi 3Gb, bangga dapat PC yang bakal strong. Tapi, ingat itu hanya sementara sahaja, anda telah membebankan satu pihak dengan menggandakan satu pihak lagi. Jika slot RAM 1 dimasukkan dengan kapasiti 1Gb maka slot RAM 2 wajar dengan kapasiti 1Gb juga, baharu ada keseimbangan. Jika kita gunakan slot 1 dengan 2Gb dan slot 2 dengan 1Gb akan berlaku pertarungan ingatan dan dalam sedikit masa salah satu akan mengalah, justeru komputer anda bakal menjadi koma. Cuba fikirkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan