Isnin, 12 April 2010

Jangan buang berus gigi itu...

Bila agak lama kita menggunakan berus gigi maka tiba masanya diganti dengan yang baharu. Maklumlah berus gigi dah lama, dah lembut dan kekadang tu ada satu dua bulunya yang telah tertanggal. Jadi saya ingin syorkan janganlah anda membuang berus gigi lama tu ke dalam tong sampah. Ingatlah jasanya yang hampir 3 bulan, adakalanya setahun berbakti untuk membersih mulut kita. Simpanlah berus gigi itu, bukan untuk kenangan...tetapi untuk apa ya?
Sebenarnya berus gigi yang lama itu sangat sesuai digunakan untuk membersih komponen dalaman PC anda. Gunalah berus gigi itu dan dia dapat berbakti lagi, khasnya untuk membersih debu dan habuk pada kipas CPU dan heatsinknya, celahan jalur RAM dan permukaan motherboard. Dia sudah lembut dan selamat untuk tugasannya sekarang. Selamat mencuba dan servis PC anda setiap 3 bulan sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan