Khamis, 22 Julai 2010

Katrij, Dakwat Refill dan Etanol

Teringat pula saya bila menyebut sharing printer sebelum ini tentang katrij dan dakwat refill. Maklumlah nak ekonomi dan yang refill ni murah dan kita berasa bebas untuk print apa sahaja bahan yang ada tanpa risau masalah kos dakwat. Namun begitu saya ingin memberi sedikit panduan untuk dikongsi bersama supaya katrij yang telah kita suntik dakwat refill tu tahan lama dan tidak tersumbat (kalau boleh nak tahan selama-lamanya). Untuk kali pertama sesudah dakwat asalnya habis, anda dinasihati menyuntik lebih kurang 5-10ml dakwat ke dalam lubang yang sedia ada atau ditebuk mengikut warna, jangan tersalah suntik nanti kena beli baharu. Selepas itu anda diminta menyuntik 5 - 10 ml etanol (bahan seperti thiner tapi bukan) tanyalah orang yang pakar dalam sains atau pembantu makmal sains, mereka boleh membantu anda. Suntikan etanol setiap kali kita membuat suntikan refill akan memanjangkan hayat katrij dan pointer cetakan sentiasa tajam dan bersih. Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan