Khamis, 22 Julai 2010

SD kad dan SDHC kad

Lama saya tidak berblog, terlalu sibuk dan tidak sempat kerana perlu menyelesaikan kerja-kerja rutin yang tidak dapat dielakkan. Pada kali ini saya ingin menarik perhatian anda yang mungkin masih ada tidak menyedari kad SD yang digunakan dalam telefon bimbit dan kamera ada perbezaannya. Mungkin tanpa disedari kita terbeli kad memeori yang tidak boleh digunakan untuk sesebuah telefon bimbit atau kamera, jadi ini jawapannya.


Sila anda lihat pada katalog atau telefon/kamera anda sama ada tertulis SD Card atau SDHC card, inilah yang membezakan storan tersebut dengan peranti yang kita ada. SDHC bermaksud SD High Capacity merupakan kad keluaran baharu dengan capasiti storannya 4GB sehingga 32GB. Manakala SD berupa capasiti 512MB sehingga 2GB. Jika ada terbeli 4GB SDHC cards ianya boleh dibaca oleh devices yang mempunyai logo SDHC dan tidak compatible untuk SD sahaja. Begitu juga apabila anda ingin membeli card reader carilah yang mempunyai logo SDHC supaya anda tidak rugi kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan