Ahad, 15 Mei 2011

GPS

Satu lagi gajet baharu yang menjadi keperluan masa kini, terutamanya kepada mereka yang suka mengembara. Supaya tidak tersesat dan menjimatkan minyak kereta (zaman minyak mahal ni) ialah GPS. Sudah ramai yang mengenalinya dan banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai jenama dan bentuk serta harganya.
Saya tidak ketinggalan untuk memilikinya dengan jenama OODO M513 buatan China dengan kerjasama Banbo dari Germany (model baharu style iphone 4). 
Selepas memilikinya saya ke Ipoh, Perak suatu lokasi bandar raya yang belum pernah saya jejaki. Begitu juga saya telah menempah homestay yang saya tidak tahu di mana tempatnya kecuali alamat yang diberikan oleh pemiliknya. Dengan izin Allah, saya telah sampai ke destinasi yang dituju dan dapat pula meronda dalam lingkungan 20km persegi bandar raya Ipoh tanpa sebarang masalah. Kemudahan yang dicipta oleh manusia dengan kehendak Yang Maha Pencipta ini wajar dimiliki oleh sesiapa untuk kemudahan. Selepas ini saya berhajat pula nak ke Johor Bharu dan Kuala Lumpur dengan izin-Nya. Anda bila lagi nak memiliki GPS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan