Selasa, 17 Mei 2011

Test Drive Engine Diesel Intercooler Turbo 2500CC

Sempena cuti hari Pekerja tempoh hari, saya berkesempatan ke kawasan tanah tinggi Cameron melalui Gua Musang-Lojing-Cameron dengan jarak pendakian lebih kurang 80km. Bukannya apa, selain untuk menikmati kenyamanan tanah tinggi tersebut, saya ingin menguji kenderaan Pajero manual dengan enjin intercooler turbo dengan kuasa 2500 cc. Kapasiti diesel dengan jumlah lebih kurang RM20.00 dari Kota Bharu, saya sampai ke R&R Gua Musang untuk mengisi minyak dengan jumlah RM50.00.
Kenderaan yang digunakan untuk pemanduan ujian

Dari Gua Musang pendakian ke tanah tinggi bermula, berada pada gear 4 dan 5 saya memandu dengan kelajuan 80-90km/j. Saya sangat teruja kerana tidak berlaku "miss pikup" ketika mendaki lereng jalan yang agak curam dan paling mengejutkan ketika mendaki speedometer menunjukkan kelajuan pada masa itu 105km/j. Kawan-kawan yang lain dah tidak kelihatan lagi.
Enjin intercooler turbo diesel 2500cc

Sehari selepas ini, saya ke Perak melalui Lebuh Raya Timur Barat dan keadaan sungguh menyelesakan untuk pemanduan ketika mendaki bukit, prestasi yang ditunjukkan memberi kepuasan kepada saya. Tetapi ketika pulang dari Gerik ke Jeli, saya rasa agak terkejut kerana masa pendakian tidak seperti sebelumnya. Menggunakan gear 4, pedal minyak terpaksa ditekan sehingga rapat baharu mencecah 90km/j. Baharu saya sedar, ini berpunca daripada bahan api diesel yang digunakan. Sebelum ini saya menggunakan bahan api diesel dari Shell, tetapi semasa di Gerik ketika hendak pulang ke Kelantan, saya mengisikan bahan api diesel berjenama lain kerana malas hendak pusing ke kanan untuk ke stesen Shell. Hasilnya pikup merudum agak ketara. Selepas ini saya tak akan buat silap lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan