Rabu, 12 Mei 2010

Mana satu antivirus percuma yang kondusif

Sudah 2 minggu saya tidak membuat catatan dalam blog, ini kerana dek masa yang tidak begitu mengizinkan. Tambahan pula tidak ada masalah teknikal yang agak serius berkenaan dengan baik pulih komputer yang ditemui kebelakangan ini.

Cuma pada hari ini, adalah sedikit masalah sebuah mini laptop yang diberikan kepada saya. Hampir-hampir saya melakukan format dan install windows yang baharu. Hampir dua jam saya menyelokar punca permasalahannya, apabila dibuka pertama kali OS dapat dilihat pada skrin, tetapi berlaku pula 'hang' yang membosankan kepada kita semua yang sering menerima masalah ini. Apabila diforces shutdownnya, dan dibuka kembali, bermulalah ragamnya, tak nak keluar sebarang menu pada skrin, hanya menayangkan welcomenya (WinXP) kekal sehingga dipaksa off dan begitulah seterusnya. Laptop mini tak ada internal CD, masalah lagi, saya pula tidak menyediakan external CD, pusing kepala memikirkan penyelesaiannya.
Dengan merendah diri, saya cuba memujuk mini laptop tersebut supaya memahami perasaan saya, akhirnya pujuk rayu saya diterima, maka laptop tersebut menyatakan penyakit yang dialaminya sehingga dia berjaya dirasuk oleh bomoh yang dulu melindunginya tetapi kini meminta habuan perkhidmatan seterusnya, siapa lagi kalau tidak si antivirus itu...
















Di sini saya ingin mencadangkan kepada anda yang tidak mahu/segaja tidak ingin menggunakan perkhidmatan antivirus berbayar, bolehlah memuat turun 2 daripada antivirus iaitu avira atau AVG, yang lain saya tidak begitu seronok jika anda ingin menggunakannya (untuk free version je...).

Nasihat saya jangan cari masalah...fikirlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan