Sabtu, 15 Mei 2010

AMD 6 Core?

Pada kali ini saya sangat teruja apabila bertandang ke laman web AMD. AMD dengan kelasnya yang tersendiri telah menyediakan satu lagi processor barunya yang dinamakanAMD Phenom dengan dua versi iaitu AMD Phenom™ II X6 Black Edition dan AMD Phenom™ II X6. Kedua-duanya berfungsi dengan 6 core.
Harga di pasaran untuk kedua-duanya hampir sama dengan nilai Pentium i5, tetapi processor AMD masih tetap menggunakan platform mainboard AM3nya tanpa membuat perubahan seperti mana Intel yang tidak lagi menggunakan mainboard 775, mengakibatkan peminatnya terpaksa berbelanja dua kali ganda jika ingin merasai kehebatan processor barunya. Tetapi AMD masih memberi satu ruang yang selasa kepada peminatnya yang menggunakan mainbooard AM3 untuk menukar selera. Pada pendapat saya dengan kelahiran baharu AMD tersebut, akan memberi satu lagi siri persaingan hebat dengan pesaingnya yang masih kurang mampu untuk menyaingi kehebatan AMD sehingga kini.
Saya lebih menyukai yang versi black. kerana buat masa ini saya juga menggunakan versi black edition X2 yang telah teruji kehebatannya. Di sini saya berikan sedikit spesifikasi prosessor yang baharu ini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan